Tak Berkategori

Samsung Malaysia Umumkan 10 Pasukan Inovator Muda Terbaik Dalam Pertandingan STEM Solve For Tomorrow

Samsung Malaysia Umumkan 10 Pasukan Inovator Muda Terbaik Dalam Pertandingan STEM Solve For Tomorrow

Menampilkan generasi baharu inovator yang memanfaatkan STEM, teknologi dan pemikiran reka bentuk untuk meningkatkan kehidupan komuniti mereka, Samsung Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaya hari ini mengumumkan 10 pasukan separuh akhir yang layak ke peringkat seterusnya dalam edisi kelapan Solve for Tomorrow 2026.

Dipilih daripada peserta di seluruh Malaysia berdasarkan keaslian, kebolehlaksanaan dan impak idea yang dikemukakan, 10 pasukan terbaik ini kini akan membawa idea mereka ke tahap seterusnya dengan memperhalusi konsep, membangunkan prototaip dan bersaing untuk merebut tempat ke peringkat Akhir (Grand Finale).

Penyertaan tahun ini mencerminkan semangat dan kreativiti anak muda Malaysia, dengan para peserta mengemukakan pelbagai penyelesaian merentasi empat tema utama:

Kelestarian Alam Sekitar

Meneroka idea yang menyokong masa depan yang lebih hijau, termasuk pengurusan sisa, pemuliharaan sumber dan daya tahan terhadap perubahan iklim.

Sukan dan Teknologi

Memfokuskan penggunaan inovasi untuk meningkatkan penyertaan, prestasi, kebolehcapaian dan penglibatan komuniti dalam sukan.

Kesihatan

Mengemukakan penyelesaian yang menyokong gaya hidup lebih sihat, kesejahteraan dan akses kepada perkhidmatan kesihatan.

Pendidikan

Menggalakkan penggunaan teknologi untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik, inklusif dan berkesan untuk semua.

Selepas melalui proses penilaian yang teliti, panel juri daripada Universiti Malaya telah memilih 10 pasukan terbaik yang idea mereka menunjukkan kreativiti, kepraktisan dan potensi untuk memberikan impak yang bermakna.

“Di Samsung, kami percaya inovasi bermula dengan keyakinan untuk mengambil langkah pertama,” kata Agnes Wong, Ketua Pemasaran Korporat, Samsung Malaysia Electronics. “Idea yang kami lihat pada tahun ini bukan sahaja mencerminkan kreativiti, tetapi juga semangat yang tinggi dalam kalangan anak muda Malaysia untuk menyelesaikan cabaran sebenar. Melalui Solve for Tomorrow, kami berbangga dapat memupuk semangat ini dan menyokong generasi penggerak perubahan masa hadapan.”

Berikut ialah 10 Pasukan Separuh Akhir Terbaik (tanpa mengikut sebarang susunan), yang diiktiraf atas potensi impak idea mereka. Mewakili sekolah-sekolah dari seluruh Malaysia, pasukan-pasukan ini akan terus membangunkan penyelesaian masing-masing dengan bimbingan mentor daripada Samsung Malaysia dan Universiti Malaya.

Sekolah

Nama Pasukan

Negeri

Idea

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang

Replast

Selangor

Environmental Sustainability

SMK Beluran

EcoTerraNitro

Sabah

Environmental Sustainability

SMK Bukit Jambul

SafeNest

Pulau Pinang

Health

SMK Raja Muda Musa, Kuala Selangor

Ecolab Junior

Selangor

Health

SMK Seri Panching

iSAFE Path

Pahang

Sports & Technology

SMK Shah Alam

GulaGirls

Selangor

Health

SMK Tarat

Spark X Trio

Sarawak

Health

SMK Telok Panglima Garang

Food Freshness Bioplastic Patch

Selangor

Health

Vision Secondary School Tawau

Primates

Sabah

Environmental Sustainability

MRSM Bagan Datuk

InnovateZ

Perak

Health

Kesemua 10 pasukan terbaik ini kini akan meneruskan perjalanan mereka dalam Solve for Tomorrow dengan bimbingan rapat daripada mentor bagi mempertingkatkan idea, membangunkan prototaip berfungsi dan mengukuhkan keupayaan inovasi mereka.

Para peserta juga akan menyertai Bengkel Pemikiran Reka Bentuk (Design Thinking Workshop) yang direka untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran penting dalam penyelesaian masalah secara kreatif, kerjasama serta pembangunan penyelesaian ketika bersedia menghadapi peringkat seterusnya pertandingan.

Perjalanan mereka akan mencapai kemuncaknya di Grand Finale, di mana mereka akan membentangkan inovasi masing-masing kepada panel juri yang berpengalaman untuk peluang memenangi produk Samsung bernilai keseluruhan sehingga RM114,000.

Melalui Solve for Tomorrow, Samsung Malaysia terus memperkasakan inovator muda dengan kemahiran, bimbingan dan peluang yang diperlukan untuk mengubah idea berani menjadi impak yang bermakna kepada masyarakat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Solve for Tomorrow, sila layari:

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch