Program Next Level CEO Sasar Lonjakan Pertumbuhan PMKS Bernilai Tinggi
SME Corp. Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta di bawah Program Next Level CEO bagi membantu pengurusan kanan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) menerajui syarikat ke peringkat yang lebih tinggi dan melonjakkan sumbangan kepada ekonomi negara sejajar dengan agenda penskalaan PMKS.
Program yang menyasarkan penglibatan 90 Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah Urusan atau pengasas syarikat PMKS berpertumbuhan dan bernilai tinggi (high growth high value) ini bertujuan memperkukuh kapasiti kepimpinan serta keupayaan strategik, dan merupakan salah satu komponen di bawah Program Peningkatan Industri Strategik & Industri PKS Berprestasi Tinggi (PRESTIGE) 2.0.
Program ini dibangunkan bagi melengkapkan pemimpin PMKS dengan pengetahuan strategik, kemahiran kepimpinan, pemikiran inovatif serta perspektif global untuk memacu transformasi organisasi, meningkatkan produktiviti dan memperkukuh daya saing syarikat.
Program ini turut menawarkan pengalaman pembelajaran eksekutif melalui gabungan sesi latihan, bimbingan khusus (coaching), pementoran (mentoring) dan pendedahan kepada amalan terbaik industri.
SME Corp. Malaysia telah melantik tiga (3) rakan pelaksana untuk mengendalikan Program Next Level CEO iaitu Heriot-Watt University Malaysia Sdn. Bhd., ASB Management Sdn. Bhd. dan Efficient Frontier Consulting Sdn. Bhd. Rakan pelaksana bertanggungjawab membangunkan modul kursus, mengendalikan latihan dan sesi bimbingan khusus, melaksanakan Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan (SCORE) serta memantau impak pelaksanaan. Program di bawah kendalian Heriot
Watt University Malaysia Sdn. Bhd. telah dilancarkan oleh YBrs. Encik Rizal bin Dato’ Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia di Kampus Heriot-Watt University Malaysia hari ini.
Menurut YBrs. Encik Rizal, “Malaysia memerlukan lebih ramai PMKS yang bukan sahaja berdaya tahan, malah mampu berkembang menjadi syarikat bernilai tinggi yang bersaing di peringkat global. Program Next Level CEO merupakan pelaburan strategik dalam pembangunan kepimpinan kerana transformasi organisasi bermula daripada pemimpin yang mempunyai visi, keberanian membuat perubahan serta keupayaan meneroka peluang baharu.”
“Melalui program ini, kami berharap dapat melahirkan lebih ramai pemimpin industri yang mampu memacu pertumbuhan syarikat, meningkatkan produktiviti serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.”

Hadir sama di majlis pelancaran hari ini ialah YBrs. Prof. Dr. Mushtak Al-Atabi, Provost dan Ketua Pegawai Eksekutif Heriot-Watt University Malaysia. Program Next Level CEO bagi dua (2) lagi rakan pelaksana iaitu ASB Management Sdn. Bhd. dan Efficient Frontier Consulting Sdn. Bhd. dijadual untuk dilancarkan masing-masing pada pertengahan Ogos dan September 2026.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini boleh dikemukakan kepada urus setia melalui e-mel [email protected] atau melayari laman sesawang di pautan www.smecorp.gov.my dan saluran media sosial rasmi SME Corp. Malaysia.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.