Auto ConneXion-Ford Eratkan Hubungan Dengan Pemilik, Beri Ganjaran Bagi Setiap Perjalanan
Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion-Ford), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, terus mengukuhkan komitmennya kepada pemilik sambil menghimpunkan rakyat Malaysia yang meminati Ford Ranger Generasi Baharu sempena bulan Merdeka ini.
Dengan lebih 24,000 pemilik di seluruh negara, pencapaian ini mencerminkan keyakinan kukuh pelanggan terhadap Ranger yang telah memenangi pelbagai anugerah sebagai trak pikap pilihan rakyat Malaysia untuk kegunaan kerja, keluarga dan pengembaraan.
Menyedari kepentingan membina hubungan yang erat, Auto ConneXion-Ford sentiasa mendekati komuniti pemilik Ford melalui pelbagai aktiviti yang melangkaui pengalaman pemilikan kenderaan, daripada aktiviti interaktif bersama keluarga dan acara gaya hidup eksklusif kepada perjalanan pemanduan lasak yang dirancang khas bagi mereka yang gemarkan pengembaraan.
Pada awal Ogos, acara sulung Ford Nation telah diadakan untuk para peminat Ford dari seluruh negara yang sanggup meredah hujan untuk berhimpun di Heritage Valley, Kuala Lumpur.
Meraikan para pemilik Ford bersama insan tersayang, Ford Nation menyajikan pengalaman yang mengujakan apabila keluarga berkongsi kenangan dan kisah istimewa sambil menikmati hidangan BBQ serta sajian tempatan, diiringi persembahan muzik secara langsung oleh Muzza & the Velvettones dan Joy Victor.
Antara tarikan lain acara tersebut termasuk cabutan bertuah, pertandingan yang menyeronokkan serta anugerah Ranger Berpenampilan Paling Bergaya dan Pemilik Ford Paling Lama.
Sime Darby Auto ConneXion-Ford turut mengetengahkan kepelbagaian pengalaman menerusi konsep ‘Live the Ranger Life’ dalam program Ford Ranger Getaways yang berlangsung bulan ini, khusus untuk para pemilik yang berkongsi minat terhadap pengembaraan off-road. Menghimpunkan kumpulan eksklusif seramai 20 pemilik Ranger, program ini bermula di Seremban sebelum para peserta bergerak secara konvoi melalui laluan yang indah menuju ke tapak perkhemahan di StarFresh Agro Park, Negeri Sembilan.

Seorang jurulatih bertauliah membimbing para pemilik melalui kursus pemanduan off-road khusus di lokasi tersebut, sambil mereka berpeluang merasai sendiri ciri bantuan pemandu serta kawalan off-road. Program ini turut menguji semangat kerja berpasukan dan ketepatan menerusi pelbagai cabaran serta permainan interaktif, sebelum diakhiri dengan makan malam, hiburan secara langsung dan hadiah-hadiah menarik.
Ford Ranger Getaways yang diadakan setiap suku tahun sejak dilancarkan pada 2022 terus menjadi antara aktiviti gaya hidup berasaskan pengalaman yang popular, berteraskan semangat pengembaraan yang dikongsi bersama serta usaha membina komuniti pemilik Ford yang aktif dan dinamik.
Noerel Ismail, Ketua Pemasaran & Komunikasi, Sime Darby Auto ConneXion, berkata, “Mercu jaya ini dikongsi dengan para pelanggan kami kerana berkat keyakinan dan sokongan mereka, kami telah membina komuniti Ford yang kukuh dan semakin besar di Malaysia. Kami terhutang budi kepada lebih daripada 24,000 pelanggan yang telah memilih kenderaan Ford sejak pelancaran Ford Ranger Generasi Baharu pada 2022 dan menjadikan kami sebahagian daripada kehidupan harian mereka, sama ada untuk kerja, keluarga atau riadah.”
“Bagi memenuhi keperluan mereka yang kian berubah, kami tetap komited untuk membawakan pengalaman pemilikan bermakna yang bukan sahaja bertumpukan kenderaan, tetapi turut membina hubungan bermakna dan nilai berkekalan sepanjang proses pemilikan Ford masing-masing.”

Selain menganjurkan inisiatif menarik untuk komuniti pemilik, Auto ConneXion-Ford juga mengumumkan rangkaian Ranger yang lebih luas pada Julai 2026 untuk memenuhi jangkaan yang kian berubah, sambil menyokong pelbagai keperluan gaya hidup dan memandu. Baik untuk pergi kerja dan percutian keluarga mahupun pengembaraan jalan lasak, memang ada Ranger yang sesuai untuk setiap pelanggan Malaysia.
Pelanggan boleh memilih antara Ford Ranger Sport 2.0L dan 3.0L, Ranger Platinum 3.0L premium dan juga Everest Sport 2.0L dan Everest Platinum, untuk pengalaman memandu yang lebih mewah. Sebagai SUV keluarga dengan tujuh tempat duduk, Everest menggabungkan ruang yang luas dan ciri-ciri praktikal untuk keluarga yang ingin menikmati keselesaan dan fleksibiliti bagi perjalanan harian dan perjalanan lebih jauh.
Auto ConneXion terus menambah baik proses pemilikan Ford menerusi inisiatif bertumpukan pelanggan dan memberikan nilai selepas jualan. Pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia ini telah melancarkan sebuah Gudang Alat Ganti baharu di Kota Kinabalu pada bulan Julai, untuk memudahkan pelanggan mendapatkan alat ganti dan membantu mengurangkan masa pusing ganti servis kenderaan, lantas membolehkan pelanggan kembali memandu di jalan raya dengan lebih pantas.

Disokong oleh 33 wakil penjual Ford di seluruh negara, Auto ConneXion-Ford membolehkan pelanggan menikmati perkhidmatan jualan, servis dan sokongan yang memuaskan di bandar-bandar utama dan komuniti lebih kecil. Ini termasuk sembilan pusat jualan dan perkhidmatan Ford di seluruh Malaysia Timur, yang terdiri daripada tujuh wakil penjual dan dua pusat servis terkhusus, dengan sokongan servis diperluaskan kepada komuniti di Kapit dan Mukah, Sarawak.
Sempena ketibaan model-model yang baru dilancarkan dan sebagai sebahagian daripada promosi pelancaran terhad, pelanggan yang membeli Ranger XL dan Ranger Sport 2.0L menjelang 31 Ogos 2026 akan menerima Dashcam Depan HD1080p Ford manakala pembelian Ranger Sport 3.0L dan Ranger Platinum 3.0L* akan menerima Pelan Servis Lanjutan (ESP) selama dua tahun percuma, dengan semua model Ranger disokong oleh jaminan standard lima tahun.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi atau ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, X dan YouTube untuk maklumat terkini.
*Tertakluk kepada terma dan syarat
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.